Assalaamu’alaium wr.wb, Abi Fasya….
Membaca tulisan di atas, mendatangkan rasa ngeri dan nyeri tentang mudahnya perkara maksiat dan mungkar berlaku di kalangan anak bangsa kita yang sepatutnya mendapat didikan yang baik sejak kecil. Jika gejala sosial itu sudah parah sehingga sanggup melakukan pembunuhan, pemerkosaan (perogolan), perampokan dan sebagainya, bagaimana hancurnya negara kita di masa depan jika pemimpinya sejak remaja sudah buruk akhlaknya. kasihan dan sedih melihat guru tidak dibela dengan saksama.
Pihak pemerintah seharusnya menapis setiap filem2 yang bakal ditonton oleh orang awam kerana pengaruh dari media elektronik dan media cetak sangat cepat merebak terutama anak-anak yang baru mengerti dunia kehidupan yang dianggap meneyeronokkan ini. Saya turut bimbang dengan industri hiburan dan filem yang menjadi jalan mundah untuk membawa maksiat dan mungkar di dalam jiwa umat Islam yang semakinj tandus akhlak dan ilmu. Sikap perihatin, berani dan tegas perlu untuk menghalangnya dari terus berleluasa.
Kesan, menyebabkan generasi ulul albab tidak akan ditemui di masa depan dan akhirnya umat Islam akan hancur dijajah semula dari seluruh kehidupannya. Mudahan ada tindakan dari pemerintah, ibu bapa dan sesiapa yang perihatin dalam hal pembinaan modal insan dan negara bangsa agar bangun membina semula akhlak masyarakat yang kian runtuh oleh nafsu dan cinta dunia.
Salam hormat Pak Guru dan selamat Hari Guru dari Malaysia. :)
SukaLike this